Anda perlu ada disiplin diri yang tinggi. Ini ada kaitan dengan
penggunaan masa. Sekiranya anda tidak berdisiplin, maka anda tidak akan
bertemu dengan masa untuk menulis. Dalam hal ini jua, anda tidak boleh
berputus asa sekalipun sudah banyak kali mencuba dan tidak menjadi.
Dengan disiplin diri yang baik, anda akan terus mencari masa dan membuat
semakan bagi membolehkan anda menulis.
2. Imej Penulisan
Anda perlu mencari suatu imej yang anda ingin tonjolkan dalam penulisan
anda. Imej ini ada kaitan dengan ‘genre’ yang anda pilih dan juga diri
anda sendiri. Jangan tiru imej orang lain kerana ia tidak sesuai kalau
tidak kena dengan diri anda itu. Ingat… imej inilah yang akan kekal
dengan pembaca nanti.
3. Kajian
Sebagai penulis kreatif, anda perlu rajin. Anda wajib lakukan kajian,
mencari fakta yang tepat dan seterusnya mencari bahan yang sesuai untuk
penulisan anda. Tidak kiralah apa ‘genre’ nya dan apa imej yang ingin
anda ketengahkan, anda mesti lakukan kajian. Jangan main agak-agak.
Penulis mesti andaikan pembacanya adalah terdiri daripada orang yang
bijak pandai dan kerana itu juga penulis tidak boleh ‘acuh tak acuh’
dalam membentangkan apa sahaja maklumat dalam penulisannya.
4. Mata dan Hati
Tulislah dari mata dan hati anda. Tulis perkara-perkara yang anda lihat
dan juga anda rasai. Cari bahan-bahan yang dekat dengan hati anda agar
apa yang anda tulis itu sangat berkesan untuk pembaca. Tidak kiralah
penulisan itu jenis inspirasi atau novel.
5. Belajar
Dalam proses penulisan, anda mesti anggap diri anda sedang belajar.
Sebagai manusia, kita tidak lengkap dan kerana itu kita perlu terus
belajar perkara yang baru. Belajarlah dari mereka yang lebih tahu, dari
teman-teman dan juga dari pembaca. Belajar juga dari buku-buku dan
maklumat yang terdapat di Internet.
6. Kelengkapan yang Sesuai
Untuk menulis dengan efektif dan selesa, anda perlukan kelengkapan dan
alat yang sesuai seperti komputer, kerusi dan meja, kamus, buku rujukan,
tempat dan suasana yang boleh membawa inspirasi kepada anda.
7. Perancangan
Buat perancangan tentang subjek yang anda ingin tuliskan. Pastikan
objektifnya. Perancangan penulisan ialah seperti menguruskan sebuah
projek.
8. Konsep dan Tema
Anda perlu tahu konsep dan tema anda. Kalau tidak pasti, cari maklumat
sebelum menulis. Pastikan dalam hal ini anda pentingkan kelainan. Jangan
buat apa orang lain sudah lakukan.
9. Tajuk Tentatif
Tajuk atau judul sementara perlu ada. Ini akan memudahkan kerja anda.
Perlu ingat bahawa judul ini adalah sementara sahaja kerana biasanya
pihak penerbit akan menukar mengikut keperluan semasa.
10. Jalan Cerita
Tidak kira apa jenis penulisan anda (kecuali ilmiah), anda perlukan
gambaran jalan cerita yang ingin diaturkan dalam penulisan anda.
11. Watak
Bagi penulisan buku cerita atau novel, anda perlu tahu watak-watak yang
akan berperanan dalam penulisan anda. Aturkan watak utama dan
kemudiannya watak-watak sampingan. Anda perlukan deskripsi watak-watak
ini, misalnya gambaran fizikalnya, kelakuannya, teman-temanya, ahli
keluarga dan sebagainya.
12. Lokasi
Bagi penulisan fiksyen, anda perlu tahu lokasi yang anda ingin
gambarkan dalam penulisan. Tidak kira sama ada cerita itu berbentuk
sci-fi, dogeng atau ‘present date’, anda perlu gambarkan latar tempat.
13. Ringkasan Plot
Untuk mudahkan penulisan, terutama bagi penulisan manuskrip fiksyen,
eloklah anda aturkan ringkasan plot anda agar anda tidak keliru nanti.
14. Mesej
Pastikan penulisan anda membawa mesej-mesej tertentu yang akan memberi makna kepada pembaca.
15. Unsur Saspens
Dalam sebuah penulisan fiksyen yang baik, unsur turun naik perlu ada.
Detik-detik saspens dan unsur berteka-teki akan menguatkan jalan cerita
anda. Pastikan anda tahu di mana letak klimaks cerita anda itu.
SELAMAT MENULIS !!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar